Thursday, January 13, 2011

KOTA TINGGI


Kota Tinggi


Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, 

perkampungan Melayu tradisional serta 
kawasan rancangan tanah Felda.Kota Tinggi merupakan salah
 sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. 
Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. 
Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. 
Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi,
 aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini 
ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain
 di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan
 yang terdapat di pesisiran pantai seperti diTanjung Sedili. 
Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung
 ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang
 16 km dari bandar Kota Tinggi. 
Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga 
mempunyai Hutan Lipur Panti.
 Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, 
Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. 
Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong.
 Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti
 Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. 
Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi,
 satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

No comments:

Post a Comment