Thursday, January 13, 2011

Selamat malam semua

Kepada member-member ku yang jauh dimata lagi dekat di hati...selamat malam..mimpi-mimpilah yang indah ye...

Pening nak cari bilik sewa

salam...


Kepada kawan-kawan yang berdekatan di area Kota Tinggi...ada x diantara kamu yang tinggal di bandar Kota Tinggi??Bcoz, aku nk kerja isnin ni...tp, takde rumah......kalau ulang alik, xberbaloi rasanye...tambang mahal lah...pls...HELP ME!!!...aku perlukan bantuan korang sekarang ni...

I LIKE MACDONALDS

Go to fullsize imageGo to fullsize image
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Lapo macd...nape lh mlm2 ni aku lapo macd...help2...ada sape2 bleh bantu aku??lau kt kl ni, dh lme aku mkn macd...ari2 pon xpe...maklumlh...ada tunang...kihkih...kalau korang nak tahu, aku ni memang hantu macd...korang suka x?kalau suka, sila angkat kaki yer...hehe...Tapi kalo ada orang nak belanja aku macd, lagi aku suka..lagi aku bertambah sayang...kihkih...en HARRY, bila kita nak makan macd same-same??? Terasa rindu plak kat tunangku...asyik nak makan macd je, teringat kat tunang..hehe...Well, aku xsabar nak tunggu bulan 5 ni..Aku harap, semuanya berada di dalam keadaan selamat...Amin...Macdonalds + Harry = Macdonalds Harry...kihkih...BUKAN MACDONALDS AKU!!!!!KUENG...KUENG...KUENG...

my friends

Hye..


and assalammualaikum..


Selama aku belajar di MUCH...aku telah banyak pelajari hidup sosial dan kebahagiaan..
terutamanya, pabila berhadapan dengan orang yang telah banyak sakiti hati kita...Tapi, kenapa mesti orang buat kita?? sedangkan kita tidak pernah marah dan busuk hati pada mereka.


Aku sayangkan persahabatan yang kita lalui dulu...Bila duduk berseorangan, aku teringat kenangan kita bersama. Kita pernah tido bersama, makan bersama, keluar bersame..Tapi, kenapa kau mesti sakiti hatiku..

Alhamdulillah...kini aku boleh kuatkan semangat untuk bersama teman2ku yang lain..


Semoga kenangan yang ko berikan padaku menjadi ingatan setiap waktu untuk kita bersama...












Kisah Seorang Ibu


Ibu Minta Suruhanjaya Ditubuhkan Siasat Kematian Anak
JOHOR BAHARU, 24 Mei (Bernama) -- Seorang ibu pada Isnin meminta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian anaknya akibat ditembak polis selepas dipercayai terlibat dengan jenayah ragut, 20 Oktober tahun lepas.

Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, berkata pihak berkuasa masih tidak memberikan penjelasan dan siasatan terperinci mengenai kematian anak lelakinya, Mohd Afham Arin, 18, walaupun kejadian terbabit sudah berlaku tujuh bulan lepas.

"Saya tidak berpuas hati kerana polis juga cuba menipu saya dengan mengatakan anak saya masih hidup apabila saya tiba di Balai Polis Seri Alam sedangkan dia sudah meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi, 20 Oktober itu.

"Saya juga amat kesal kerana terpaksa menunggu lama untuk berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan menuntut jenazah anak saya di Hospital Sultanah Aminah," katanya kepada pemberita pada satu pertemuan yang diaturkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, di sini, hari ini.

Sapiah mendakwa Mohd Afham, yang menunggang motosikal bersama pembonceng, Mohd Firdaus Marsani, 19, seorang anak yang baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta Kementerian Dalam Negeri memandang serius kejadian terbabit dan mengharapkan suruhanjaya yang ditubuhkan itu dapat membersihkan nama Mohd Afham yang didakwa polis sebagai terlibat dengan 25 kes samun.

Sementara itu, Mohd Firdaus yang menuntut keadilan, turut menyangkal dakwaan polis yang mengatakan dia melibas pihak berkuasa dengan parang lalu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menceritakan kejadian tembakan itu, Mohd Firdaus berkata, dia bersama Mohd Afham dikejar tiga lelaki menaiki motosikal di kawasan Taman Johor Jaya selepas selesai menikmati makan malam.

Katanya disebabkan rasa takut kerana ketiga-tiga lelaki tersebut hanya berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa, Mohd Afham terus memecut motosikalnya menghala ke Pasir Gudang sambil dikejar ketiga-tiga lelaki terbabit.

"Apabila tiba di satu selekoh berhampiran jambatan menuju ke Seri Alam, saya terdengar satu das tembakan dari arah belakang sebelum disusuli dua lagi tembakan lain yang menyebabkan motosikal yang kami naiki terjatuh," katanya yang berpeluang melarikan diri selepas terjatuh di dalam semak.

Mohd Firdaus menegaskan, dakwaan mengatakan dia melibaskan parang adalah tidak benar sebaliknya kematian Mohd Afham yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Ledang dan sedang menjalani latihan amali di Larkin, di sini, adalah disebabkan kecuaian polis dalam menjalankan tindakan.

Katanya dia sudah memberikan keterangan kepada polis mengenai kejadian itu pada Januari lepas, namun, sehingga kini masih tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.

Bencana Di Waha

Felda Simpang Waha dilanda ribut



KOTA TINGGI – Kira-kira 150 rumah penduduk rosak dalam sekelip mata akibat dipukul ribut dalam kejadian di Felda Simpang Waha di sini, petang semalam. 

ira-kira jam 3.50 petang itu, puluhan batang pokok tumbang dipukul ribut menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan teruk. Kejadian itu berlaku dalam tempoh lima minit dengan disertai kilat serta angin pusing. 

Bencana alam ini disifatkan sebagai kejadian paling teruk pernah berlaku dalam tempoh 25 tahun sejak tanah rancangan berkenaan diduduki. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain yang terkejut dengan kejadian itu turut berkesempatan melawat mangsa. 

Rasman berkata, kejadian tragis itu merupakan satu bencana paling buruk dialami penduduk di tanah rancangan itu kerana ia melibatkan beratus-ratus rumah peneroka yang kebanyakannya rosak teruk. 

Bagaimanapun Rasman bersyukur kerana kejadian dahsyat itu tidak melibatkan kehilangan nyawa serta kecederaan, tetapi hanya melibatkan kerosakan pada bahagian bumbung, dapur dan sebahagian kenderaan rosak. 

Menurutnya, selepas diberitahu mengenai kejadian itu, beliau melaporkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebut untuk mengerahkan anggota dan pegawainya ke pondok polis berhampiran. 

Rasman menasihati penduduk supaya bersabar dengan kejadian itu dan ketua-ketua blok diminta untuk mengambil keterangan terhadap rumah mangsa ribut di setiap blok. 

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) juga akan meninjau rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban penduduk.

FELDA BUKIT WAHA


Named after a hill
 
H
ow FELDA Bukit Waha gets its name is not known for a fact, but it is believed that it is derived from a hill in the vicinity which is “Bukit Waha.’ The name is thought to exist since World War 2.





Planned Settlements
 
F
ELDA Bukit Waha has about 364 settlers, mostly Malay. Its residents live in harmony since early settlement. The community is arranged in blocks to facilitate ease of management. Cooperation and healthy lifestyle have been practised by the residents for generations.




Palm and tapioca
 
D
emographic factors such as the location of Johore in fertile lowlands enable various agricultural activities to flourish. It is not surprising then that most residents in FELDA Bukit Waha have their own source of income, which derives from tapioca and oil palm plantation. They either market the tapioca in its raw form or turn it into traditional food products like tapai ubi (fermented tapioca). Some residents turn to business as their source of income. The average monthly income for FELDA Bukit Waha residents is estimated about RM 1,500.



Ample and Complete
 
S
ince its commencement in 1973 and mass settlement of residents in the 1980s, FELDA Bukit Waha has gone through many changes and development. Today all basic amenities like water and electric supplies as well as telephone lines are available here. There are also schools, clinics, a mosque, taxi stand, community hall, and others which allow the residents to lead comfortable lives.



Quality Service
 
K
linik Kesihatan Bukit Waha is a healthcare centre available in FELDA Bukit Waha. With 15 personnel lead by Dr. Yazid Ahmad, this clinic renders pre and post natal examination as well as paediatric, outpatient and pharmacy services, among others. It operates from 7.30 am to 5.00 pm with minimal fees of RM1.00 per session for each patient. This is in line with the government aspiration to have healthy society through optimum healthcare services.



Recreational Activities Bridge Community Ties
 
F
ELDA Bukit Waha Hall is the centre for recreational activities amongst its residents. It is the place for the residents to hang out, assemble or organise aerobic-like activities like senamrobik. There is also a field where the youths play football in the evening. The facilities available here motivate the residents to lead healthy lifestyle.



Peristiwa banjir besar Kota Tinggi

Banjir gelombang pertama bermula 19 Disember 2006
Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilandabanjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

[suntin

KOTA TINGGI


Kota Tinggi


Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, 

perkampungan Melayu tradisional serta 
kawasan rancangan tanah Felda.Kota Tinggi merupakan salah
 sebuah daerah yang terdapat di negeri JohorMalaysia
Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor
Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru
Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi,
 aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini 
ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain
 di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan
 yang terdapat di pesisiran pantai seperti diTanjung Sedili
Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung
 ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang
 16 km dari bandar Kota Tinggi. 
Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga 
mempunyai Hutan Lipur Panti.
 Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, 
Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. 
Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong.
 Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti
 DesaruTanjung BalauBatu Layar dan Tanjung Sedili
Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi,
 satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.
 

Untuk memuat turun wallpaper artis kegemaran anda, klik kanan > Save As Background 
Alyah
Zizi+Wangi+Black+Mimi
Dayang Nurfaizah

Dewi Remaja 2010
Diana Amir
Diana Danielle

Hujan
Mila
Nabil & Mira

One Nation Emcees
Sharifah Amani
Fizow & Shila

Tiz Zaqyah
Shah Jazle & Shera
 

Fesyen

Nikmati Gaya Kasual

Ringkas Mengikut Gaya Tersendiri

Tinggalkan Gaya Lasak, Tampil Dengan Feminin

Nikmat Usia Muda Mu Dengan Fesyen Terkini

INFO CANTIK & SIHAT

Padah Online 24 Jam

Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana. 

Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri. 


KETAGIHAN?
Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar. 

REALITI YANG TAK INDAH

Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.